Tuesday, August 4, 2009

TITIAN KASIH 2009

Alhamdulillah sekali lagi saya diberi peluang menimba ilmu dan terpilih sebagai fasilitator team TITIAN KASIH 2009. Program Titian Kasih mempunyai 2 team dimana setiap team dianggotai oleh 5 orang guru bimbingan dan kaunseling dan guru disiplin sekitar wp Putrajaya dan kami menjalankan program bagi kumpulan sasaran di sekolah menengah terpilih sekitar Putrajaya..Kumpulan saya telah ditugaskan untuk bergerak ke SMK Putrajaya Presint 9(2), SMK Putrajaya Presint 16(1) dan SMK Putrajaya Presint 11(1).Program ini disasarkan kepada 20 orang murid-murid bermasalah ponteng bertujuan memberi kesedaran kepada mereka tentang kesalahan yang mereka telah lakukan dan masih adapeluang untuk mereka berubah demi kecemerlangan masa hadapan. Program ini dijalankan dari pukul 7.30 pagi sehingga 2.00 petang pada hari persekolahan yang telah dipilih dan sepanjang waktu itu, para fasilitator telah mengadakan beberapa game dan LDK yang menarik dan menguji minda para peserta dan diakhir permainan para fasi akan menghubung kaitkan aktiviti yang dijalankan dengan kehidupan seharian dan peranan pelajar sebagai seorang anak,rakan,pelajar dan hamba Allah. Kemuncak program ini adalah slot muhasabah diri dimana fasilitator memainkan video detik kelahiran dan meminta pelajar mengenang kembali jasa ibu bapa. kebanyakan pelajar menangis dan insaf dengan muhasabah diri yang telah disampaikan. saya boleh katakan di sini bahawa program ini berjaya memberi kesedaran kepada pelajar terbabit untuk berubah dan mudah-mudahan air mata yang mengalir itu adalah air mata keinsafan dan ihkhlas dari hati mereka dan saya mendoakan agar pelajar-pelajar ini sentiasa diberkati Allah dan dipermudahkan usaha mereka untuk berubah menjadi lebih baik. Amin

GAMBAR SEKITAR PROGRAM
DI SMKPP 16(1)

.DI SMKPP 11(1)

DI SMKPP 9(2)






KEM JATI DIRI PERINGKAT SEKOLAH WP PUTRAJAYA

Pada 28 Julai 2009 hingga 30 Julai 2009 saya telah dipilih untuk menjadi fasilitator Kem Jati Diri 2009 yang diadakan di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor. Kem ini dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Putrajaya yang mempunyai masalah disiplin di sekolah. Ini merupakan pengalaman pertama saya mengikuti program bersama-sama pelajar hardcore. Guru-guru kaunseling dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan slot LDK sepanjang kem ini berlangsung. Secara keseluruhannya, program ini sangat bermanfaat kepada kumpulan sasaran kerana dari kem ini mereka belajar mengenal diri sendiri dengan lebih mendalam,bagaimana untuk menguruskan emosi,memilih rakan sebaya yang positif,berdisiplin menguruskan masa, kemahiran asertif, solat berjemaah dan melakukan aktiviti-aktiviti lasak yang mencabar kekuatan fizikal dan mental mereka. Maklum balas yang diterima dari para peserta juga positif dan mereka mahu program seumpama ini diadakan lebih kerap lagi. Walau bagaimanapun, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam program ini terutamanya dari segi pentadbiran dan pengurusan masa dan ianya perlu diberi perhatian supaya dapat diperbaiki dalam program yang akan datang. InsyaALLAH.




PERTANDINGAN KUIZ PETRONAS STREETSMART-LESSON FOR LIFE

Pada 27 Julai 2009 yang lalu, saya telah ditugaskan untuk menguruskan dan menjadi guru pengiring bagi tiga pasukan dari SKPP 9(1) dimana satu pasukan dianggotai oleh 3 orang pelajar untuk menyertai Pertandingan Kuiz Petronas Streetsmart-Lesson For Life. Kuiz tersebut mengandungi 50 soalan objektif dan setiap peserta dikehendaki menjawab dalam masa satu jam. Kuiz bermula pada pukul 2.15 dan berakhir pada pukul 3.15 petang. Keputusan masih belum diperolehi sehingga entry ini dipost dan saya mendoakan para peserta berjaya dalam pertandingan kuiz tersebut. Amin.

Gambar-gambar pelajar sebelum dan selepas pertandingan kuiz tersebut.